BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 13, 2011

ERTI TERIMA KASIH DAN MAKSUD MAAF


terima kasih menjadi satu tanda penghargaan bagi sesuatu pemberian....terima kasih juga melambangkan penerimaan sesuatu yang diberikan...aku berterima kasih atas sayang yang telah diberikan kepada aku oleh seseorang....seseorang yang pernah aku kasihi dan aku sayangi...[aku masih sayang pada dia]....walaupun antara aku dan dia telah tiada pertalian kasih namun akan aku terus simpan pemberian yang bagi aku penuh bermakna dalam hidup yang makin pendek jalannya..aku telah pun meminta izin dari dia untuk aku simpan rasa ini....biarlah bagi aku hanya dia yang bermakna dan tiada lain selepasnya...akan terus aku simpan rasa ini...walau mungkin sampai akhir nanti...


maaf perkataan yang membawa maksud rendah diri...maaf sering kali juga dilafazkan jika kita melakukan kesalahan...namun sering kali manusia sukar untuk melafazkan perkataan maaf ini walaupun hanya sesingkat ayat...aku sekali lagi meminta maaf akan dirinya sekiranya aku tidak dapat membahagiakannya...maaf atas sering kali perilaku yang juga sering dilafaz olehnya...aku hanya mampu meminta maaf darinya kerana aku hanya insan biasa hanya makhluk yang lemah....aku redha atas semua ketentuan Illahi....

walaupun berakhir sudah antara aku dan dia [meski aku tahu sayangku hanya padanya] tapi bukan bermaksud permulaan aku bagi hubungan yang lain....ku tetapkan hatiku lepas dia tiada yang lain....akan ku tutup pintu hatiku buat selamanya....buat sekian lamanya sisa-sisa usia yang masih tinggal bagi aku...setiap detik usia yang hanya menunggu akhirnya....yang benar akan kisahnya dan sebabnya biarlah hanya aku yang menyimpan dalam hati yang semakin lemah azalinya....maafkan aku akan berita yang akan tiba mengetuk gegendang telinga sesiapa yang hanya mampu mendengar akan kisah itu....

buat hari-hariku yang kian mendatang, akan aku cuba hiasi dengan senyuman derita yang tersimpul dibibir tersimpan di dada....membawa sisa-sisa semangat yang masih ada walau kian menipis kulitnya yang sering di makan derita menanggung sengsara....[hanya aku tahu sebabnya]...

hatiku biarlah begitu...mengingat kenangan bagaikan mimpi...menanggung rindu sendiri...menyayang dalam sepi....[kerana itu mahuku]...kerana aku tidak mahu berakhir hubunganku maka berakhir kasihku....kasihku masih ada padanya kerana dia yang teristimewa...mungkin bagiku satu dalam seribu....bintang di awangan...tapi aku tahu dia di situ....

TaK tAhU bErTeRiMa KaSiH!!!

hei budak!!kau memang tak pandai berterima kasih kat aku...selama nie aku yang tolong kau..aku bukan nak mengunkit..tapi aku dah hilang sabar dengan kau!!kau cakap aku tak pernah amek berat pasal kau!!tolong laa wei..sedar sikit...selama nie,siape yang banyak bantu kau time kau susah.?.cakap sikit!!aduhai kau nie...aku rase kau nie memang tak pandai berterima kasih kot kat orang....hehehehe...aku dah penat laa dengan kau...aku dah tak tahu nak cakap ape lagi...hmmmm...dah laa suke membabit kn orang lain yg tak tahu pape....lantak kau laa...aku harap kau bahagia...amin...pandai-II la kau cari orang yang pandai amek berat pasal kau...aku nak tengok mcm mne orang tu amek berat pasal kau...same tak mcm mne aku amek berat pasal kau!!!!

                mood : GERAM 
k laa...
bubye...
salam..

              write by : d!eYra Sa!M...

Friday, August 12, 2011

KECEWA DENGAN KAU BUDAK!

hmmm...aku tak marah pon kat kau...aku faham..kau jage laa dia baik-II...serius aku ckp memang aku kecewa..tapi aku tak boleh buat ape-II...aku minta maaf...kau tak perlu ulang-II kesalahan kau kat aku..aku dah penat nak dengar! ...aku harap kau lupe kan jela aku...aku dah penat dengan ape yang dah berlaku...aku terus terang laa kat kau...sebanarnye aku tak boleh maaf kan kau lagi....aku tahu kau terpakse..tapi hati aku kata "TIDAK!"...
.i'm sorry...



pasal aku kau tak payah laa risau..pandai laa aku
 jage diri aku..hmm...aku minta maaf..
sebab aku bgi tahu kat ibu pasal hal ini..
.disebab kan aku kau kena marah habis-II san ngn dia...
aku mnx maaf agy sekali.
serius aku cakap aku kecewa ngn kau..
.terima kasih awq,sebab buat saya KECEWA,
SAKIT HATI  dan MENANGIS...
THANK A LOT....by the way,CONGRATULATIONS...

Thursday, August 11, 2011

GeRaM! TAK DE MAAF BAGI MU BUDAK!!!

isshh....panas aty betul aku ary nie....sakit hati tu!!!    


hei,budax!mak bapak kau tak didik kau dari dulu ea?sebab tu perangai  kau x betul...dah mcm orang takde didikan agame!!hmm..aku ade cadangan..kau suruh laa mak bapak kau tu upah mne-II ustazah or ustaz mengajar kau didikan agame!!kalau kau tak puas hati dengan aku cakap depan-II laa...aku tak marah laa...tapi sebelum kau nak cakap ape-II pade aku,tengok diri sendiri dulu ye,..jangan fikir diri kau tu PREFECT sangat laa kn!!aku pernah ke ganggu hidup kau kn?setahu aku laa kn,aku tak pernah ganggu siape-II..diri kau,diri kau laa!!tak payah nak bajet sangat laa...aduh mak ai!kau ingat dengan ape yang kau buat tu baek ke?BERTAMBAH DOSA kau ade laa!!aku tak akan maaf kn kau laa budax...aku doa kn kau mati tak aman...kau cari laa aku kat mne-II...aku tetap tak akn maaf kan kau...nak menangis air mata darah sekali pon,aku tak akn maaf kn!!kau ingat tu!!


Monday, August 8, 2011

Hatiku Milikmu :)


                         

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini                                        
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit 
    Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan,  dan rakan-rakan.  Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Jangan Asyik Risau – 
    Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur –      
   Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur.  Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang –
   Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.  Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa - 
   Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
6. Ubah Fikiran –
   Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik” semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.

7. Hati Mesti Keras -        
   Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri,  ini adalah hari yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kawan Tersayang Sa!a:):):)

my bufday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers